Departments
Rausyanfikir Travel and Tours Sdn Bhd adalah sebuah agensi pelancongan yang berdaftar dan berlesen sepenuhnya di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Kami pakar dalam pelancongan domestik dan antarabangsa, serta memiliki Lesen Khas Umrah (LKU) dengan kelulusan bagi perkhidmatan pelancongan masuk (inbound), keluar (outbound) dan tiket penerbangan. Syarikat kami telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 20 April 2022 dan beroperasi di bawah Lesen No. KPK/LN 10609 (IOTU).
Di Rausyanfikir Travel, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan pelancongan yang berkualiti tinggi, dipercayai dan profesional. Pasukan kami terdiri daripada 100% tenaga kerja Muslim profesional yang berpengalaman luas dalam pengurusan Umrah, Haji, dan perjalanan antarabangsa. Kami menitikberatkan kepuasan pelanggan, memastikan perjalanan anda berjalan dengan lancar dari persiapan sebelum berangkat hingga selepas kembali ke tanah air.
Dengan pasukan yang muda, dinamik, dan bermotivasi tinggi, kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam keselesaan, kemudahan, dan kepuasan pelanggan. Sama ada anda merancang perjalanan rohani atau percutian ke luar negara, percayakan Rausyanfikir Travel untuk pengalaman perjalanan yang lancar, selamat, dan bermakna.
Validate your login